TAG - NR YuMmiE & Aidilfitri

Posted by | Posted in OTHERS | Posted on 09-10-2008

Sememangnya sebelum Aidilfitri dan hinggalah sekarang, NR YuMmiE rasa penat sangat-sangat. Tu yang nak lepak je seminggu lepas raya ni. Kalau boleh tak nak ambik order sampai 12hb Oktober. Tapi, kalau ada yang nak sangat-sangat tu…NR YuMmiE akan tunaikan juga. Cam order dari sorang customer yang nak kek esok nak celebrate mak mertua dia yang dah berumur 72 tahun.

Hari ni juga baru berkesempatan nak meronda-ronda blog kengkawan yang lama tak dijenguk. Baru masuk ‘rumah’ Titan…dah kena ’serang hendap’ ngan Titan. Titan ni memang berkenan tul le main serang-serang hendap kat NR YuMmiE. Tengok topik….best lak. Langsung, luangkan masa jap untuk balas tag Titan.

1. Berapa pasang baju raya aku tahun ni dan apa pulak warnanya?

Tahun ni tahun gemilang NR YuMmiE ngan anak-anak. Alhamdulillah…. AA telah menghadiahkan 5 pasang baju untukku. Tema tahun ni purple (ramai tul le yang tema purple tahun ni!!!).

2.Apakah Makanan Tradisional Raya Kegemaran aku?

Citer pasal makanan, semua yang orang hidangkan musim raya ni kiter sangap je. Almaklum le…bukan senang nak rasa. Sedap tak sedap, belakang citer. Kesimpulannya, semua makanan tradisional menjadi kegemaran kiter.

3. Apakah biskut Raya kegemaran aku

Kuih siput (sama cam Titan… :) )

4.Berapa banyak duit Raya aku dapat tahun ni dan Berapa pulak aku spend?

Titan dapat RM412.50 ????? Banyak tu…. Kiter tak dapat satu sen pun..hehehe. Mana leh dapat dah…bak kata Titan le.. >>> mak budak. Berapa lak yang aku spend??? tak terkira dah. Soklan ni sedap kalau tanyakan pada AA…hehehe

5. Aktiviti Malam Raya Aku?

Aktiviti malam raya baru ni….tak ada yang meriah sangat, sebab malam raya di rumah sendiri. Pi jalan-jalan ngan AA tengah malam cari butang baju melayu anak, tengok kut-kut ada buat sale runtuh untuk biskut raya (haram tak de pun !).

6. Mangsa Tag Hari Raya ini jatuh kepada 10 orang..

1. Adiniah
2. AfzaiAfandi
3. Mama Irfan
4. Afham
5. Zool Ligakampung - walo si Zool ni amat payah nak jawab…NR YuMmiE nak tag gak dia!
6. Zino
7. MamaFami
8. HapizRajali
9. PuteraDesign
10. Fatah

Korang jawab lah ya… leh le kita kenal lebih rapat lagi… Tapi ngan AA tu dah jadi ‘teman tapi mesra’..

Call @ SMS : 012.553.7942 | 019.406.0770 | Email to : nryummie@gmail.com

Comments (11)

  1. Wah pekena nampak.. okaylah jawaplah kejap laig

  2. saje je tag NR-Yummie. Bagi die rehat sket. Asik tunjuk gambar kek den cuppies je..

    Ps: Aku saje tak TAG AA. Biar Nr-Yummie yang TAG. hehe..

  3. pasal tag ni ikut sejarah zino tak pernah jawab lagi tau hehe.. macam mana nama boleh masuk tu hehe

  4. Zool : Akhirnya ada respond gak ligakampung kita nih… :)

    Titan : Blog ni blog promo…gambar kek ngan cuppies je lah yang banyaknya. Tapi, ada citer baik…kita layannnn

    Zino : Takyahlah ikut sejarah lagi…jawab je yek. Macam mana nama boleh masuk??? entahlah… dah rindu le tuh ngan family kome…nak..nak..lagi ngan mem kita tu haaa… :)

  5. [...] Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Nampaknya tak pasal-pasal saya ditag oleh rakan rapat AfzaiAfandi, NR Yummie.. Memanglah si Zool Ligakampung ni amatlah malas dengan tag [...]

  6. Dah jawab dah tag tu…

  7. wahhhh ni first time dapat tag di bulan syawal :D selalunya dapat ketupat n kuih raya jerr, ini sudah special!! hehehe tq Nora.. I’ll do it ASAP yerr hihihi btw, Selamat Hari Raya :D

  8. [...] NR YuMmie for the tag… cuppies raya tak ada sekali ke?? [...]

  9. Terima kasih daun keladi Zool :)

    Thanks also to MamaIrfan :)

  10. Salam NR Yummie, baru perasan kena tag ni, yela tak abis lagi beraya ni.thanks kenakan tag raya ni,saya akan layan kang.

  11. [...] tag nr yummie aidilfitri [...]

Post a comment