CupCakes For Majlis Berkhatan
Pertama sekali mohon maaf kerana gambar kelabu sangat. Kesilapan teknik.
Cupcakes kali ini adalah permintaan daripada Puan Azlina Yaakub. Cik puan ni tinggal di USJ Height, Selangor. Katanya, anak2nya selalu sangat melayari blog ni untuk melihat deko kartun yang ada kat sini. Kebetulan cuti sekolah ni, cik puan Azlina ni telah pulang ke kampung di Kuala kangsar untuk melangsungkan majlis berkhatan anak sulungnya. Jadi cupcakes di atas adalah design untuk para tetamu yang bakal hadir.
Yang ni pula adalah permintaan anak sulungnya. Design kartun….biasalah budak2 kan. So, yang ni akan dikongsi oleh Iqmal, Haziq, Hakim dan Alif. Keempat2 tu lah yang akan berkhatannya nanti.
Selamat berkhatan dari NR Yummie.











