CupCakes For Majlis Berkhatan

Pertama sekali mohon maaf kerana gambar kelabu sangat. Kesilapan teknik.

Cupcakes kali ini adalah permintaan daripada Puan Azlina Yaakub. Cik puan ni tinggal di USJ Height, Selangor. Katanya, anak2nya selalu sangat melayari blog ni untuk melihat deko kartun yang ada kat sini. Kebetulan cuti sekolah ni, cik puan Azlina ni telah pulang ke kampung di Kuala kangsar untuk melangsungkan majlis berkhatan anak sulungnya. Jadi cupcakes di atas adalah design untuk para tetamu yang bakal hadir.

Yang ni pula adalah permintaan anak sulungnya. Design kartun….biasalah budak2 kan. So, yang ni akan dikongsi oleh Iqmal, Haziq, Hakim dan Alif. Keempat2 tu lah yang akan berkhatannya nanti.
Selamat berkhatan dari NR Yummie.

November 21st, 2008 by NR YuMmiE | No Comments »

Tempahan Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada semua yang ingin membuat tempahan bersempena Hari Raya AidilAdha nanti, diharapkan dapat membuat tempahan lebih awal kerana kami mungkin tidak dapat menerima tempahan anda sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir.

Kerjasama dan sokongan daripada anda semua amatlah kami hargai.

Salam Hormat,

NR YuMmiE

November 20th, 2008 by NR YuMmiE | No Comments »

Fruits Cheesecake for Mok & Zai !

Minggu ni banyak tempahan cheesecake…Memang NR YuMmiE suka bake and deco cheesecake ni.  Kali ni cheesecake ni kita coated ngan full fresh cream dan selain buah peach…tambahan buah anggur juga sebagai deco.  Nampak lebih menyelerakan.  Happy Birthday to Mok & Zai!

November 19th, 2008 by NR YuMmiE | 3 Comments »

Peach Cheesecake for Birthday Girl !

Kek ditempah oleh Kak Nor. Thanks Kak Nor & the gang :) Dorang nak deretan buah peach atas cake tu. Melingkau-lingkau sekali..

November 18th, 2008 by NR YuMmiE | 4 Comments »

Samples for Door Gift

Sesuai untuk apa-apa majlis sekalipun…

November 18th, 2008 by NR YuMmiE | No Comments »