

Kita masih di bulan Mother’s Day celebration. Tempahan daripada junior sekolah, Ina CSI. Kenapa CSI??? Sebab dia ni police officer kat KL. Last minute dapat tahu mak dia pergi KL last Sunday then balik on Monday. Walaubagaimanapun, kejutan tetap dijalankan. Pukul 6.45pagi En. Afzai ke rumah mak Ina untuk buat kejutan. Memang terkejut dan surprise muka mak Ina… mana idaknya, orang berbaju kemeja dan bertali leher bawak kotak kek dan sejambak bunga datang ke rumah di saat menjelangnya pagi. Tak dapat le amik gambar…maklumlah awal pagi. Walau apapun…pasti maknya gembira!

Call @ SMS : 012.553.7942 | 019.406.0770 | Email to : nryummie@gmail.com
Posted by NR YuMmiE | Posted in HARI IBU 2009 | Posted on 11-05-2009

jambangan2 bunga yang telah siap untuk dihadiahkan sempena HARI IBU.
Assalamualaikum dan salam hormat,
Tahun ini kami berbangga kerana dapat meraikan sambutan Hari Ibu bersama-sama dengan pelanggan-pelanggan dan ibunya di merata tempat di Malaysia. Selain kami dapat meraikan untuk ibu dan ibu mertua kami, kami juga berpeluang menggembirakan hati ibu-ibu lain yang kami temui hari ini. Ada di antaranya yang tidak dapat kami jumpa, namun, kami pasti dia akan gembira bila menerima ‘parcel’ yang kami hantar.
Kami amat tidak menyangka atas sambutan Promosi Hari Ibu di NR YuMmiE. Memang di luar dugaan dan kami hargai detik kenangan manis bila membuat, mendeco dan seterusnya menyiapkan parcel-parcel yang telah dihantar pada 10hb Mei yang lepas. Jelajah penghantaran kami mula seawal jam 7.00 pagi dan Alhamdulillah, jam 5.30 petang, semuanya selesai.
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada customer2 NR YuMmiE yang telah berikan kepercayaan kepada kami untuk merealisasikan kek Hari Ibu mereka. Kami buat secantik mungkin untuk semua ibu dan Alhamdulillah, semalaman telefon NR YuMmiE berdering dengan panggilan dan sms yang semuanya gembira dengan hasil yang diperolehi. Kami juga mohon jutaan MAAF kepada customer2 yang cuba untuk menempah di saat akhir. Sampaikan di pagi 10hb pun ada yang sms nak menempah. Maaf sangat2.
Sehingga berjumpa lagi, sekali lagi JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua.
Salam Hormat,

Posted by NR YuMmiE | Posted in HARI IBU 2009, cupcakes | Posted on 11-05-2009

Ini kejutan pukul 4.00 pagi. Untuk Ibu Afzai yang sekarang berada di Kuantan. Kami buat arrangement dengan adik Afzai untuk pick-up di terminal bas yang sampai awal dari dijangkakan. Alhamdulillah dia dah dah tunggu kat situ. Risau gak buat penghantaran gunakan bas ni, tapi Alhamdulillah…cupcakes selamat sampai dan tak de rosak pun. Selepas ni, banyak lagi cupcakes yang akan menaiki bas.
Posted by NR YuMmiE | Posted in HARI IBU 2009, cupcakes | Posted on 11-05-2009

Jaja yang tinggal di Kemaman (kalau tak silap yek!…tak ingat, tapi rasanya kat Kemaman) nak menghadiahkan set cupcapes Hari Ibu daripada NR YuMmie kepada mamanya yang tinggal di Jerteh, Terengganu. Walaupun lokasinya amatlah jauh sekali dengan NR YuMmie dan seterusnya juga dengan penempahnya, Jaja, namun segalanya berjalan dengan lancar.
Kami hantar dengan bas jam 11.15 malam dari Ipoh dan dijangkan sampai di Jerteh dalam kul 5.00 pagi. So, lepas cupcakes tu dibawa pergi, kami pun cuba hubungi Jaja untuk maklumkan kepadanya. Call tak berangkat dan memang dia sudah tidur bila tengokkan waktu yang kami call tu. Hati memang risau…nak call Mama Jaja terus ke??? Memang terpaksa memandangkan Jaja tidak membalas panggilan kami dah. Kul 12.00 tengah malam cuba call no rumah Mamanya. Memang Mama dia terkejut dapat panggilan daripada kami. Surprisenya terjadi dalam telefon dah. Bila dah diceritakan sejelasnya, baru rasa lega bila Mama dia kata, dia yang akan pick-upkan parcel tu pada jam 5 pagi. Kesian gak. Then, kami bagitahu dia jam 4 pagi kami akan smskan maklumkan jam berapa dia harus tunggu, coz’ bas tu nanti akan terus berlepas ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti dirancangkan dan Jaja juga telah hubungi kami. Jelas kedengaran suara Jaja yang riang.

Pukul 7.00 pagi dah tunggu kat tol PLUS Ipoh (U). Customer dari KL (tak tahu le dia dari KL kul brape) nak jumpa ambil kek tempahannya untuk dibawa pulang ke Alor Setar. Actually ibu Noni ada sekali dalam kereta. Dorang balik Alor Setar nak hantar ibunya pulang ke kampung. Memang ibu Noni terkejut sungguh. Mana taknya…dia ingatkan anaknya stop kat situ nak pergi toilet, rupanya ada something yang dah menunggu. Surprise ni memang menjadi. Terlupa lak nak bawak camera untuk rakamkan kenangan terindah ni.
Kejutan kedua pada sebelah pagi. Kejutan ke ni?? hehehe…. ada le sikit kot kan mama!! Cake design dan flavour yang sama untuk mama NR yang tercinta. Dia pastinya peminat pandan layered cake, same goes to Ibu Noni tadi. Gambar kat bawah ni dirakamkan pada sebelah petang…tu yang ramai cucu2 menyebok nak celebrate dengan opah dorang. Nak lagi…yang paling kecik tu!

Posted by NR YuMmiE | Posted in HARI IBU 2009, cupcakes | Posted on 11-05-2009

Sapa yang tak terkejut….dok leka masak kat dapur, tetiba ada orang berdiri kat belakang dia pegang bunga dan kotak kek. Memang nampak mak saudara Eda malu2 je…seolah2 cuba tidak mengendahkan kehadiran kami..hehehe… Suami dia le yang suruh kami masuk sampai ke dapur. Dia nampak tergamam seketika, tapi disebabkan dia ni memang peramah…kejap je dia dapat cover semula debaran kejutan tu… Memang dia tak menyangka terima present daripada Eda & Fahmi. Mungkin pasangan Eda & Fahmi ni dah menganggap mak saudara mereka macam ibu mereka sendiri.
Riang nampak Mak Njang dengan hadiah pemberian anak saudaranya.

Posted by NR YuMmiE | Posted in HARI IBU 2009, cupcakes | Posted on 11-05-2009

Set cupcakes ini tempahan didie, ros dan zakwan. Delivery ke Ulu Kinta kami jumpa depan kem PPH Ulu Kinta je. Didie kata dia tunggu kat situ, jadi senang untuk kami. Kami tunggu dia dalam 5 minit je. Dapat je parcel tu, dia terus bukak depan kami. Ni memang penggemar warna purple. Senyum lebar . Didie dapat tahu pasal kami dari kawan dia Ros (best friend kot!)
Delivery ke Bercham Raya pun kami tak pergi ke rumah. Kami jumpa Ros kat depan kedai Mee Rebus Ramli (famous kat Ipoh nih!). Ros memang dah sedia menunggu. Dia pun tahu kami pergi deliver kat kawan dia dulu. Depa ni nak design sama untuk diberikan kepada ibu masing2. Tu yang kata best friend tuh…kaler pun nak purple gak.
Tapi Zakwan, bukanlah kawan depa..hehehe… Zakwan ni customer dari KL, order nak dihantar ke Parit Buntar, Perak. Ibundanya ada di sana. Dia tak dapat balik so, kiriman ni dihantar dengan bas dan diambil oleh adiknya di Parit Buntar. Dimaklumkan parcel ni sampai di Parit Buntar dalam kul 3 petang.