Pandan Layered Untuk Mak & Ayah

Posted by | Posted in Pandan Layered Cakes | Posted on 26-06-2009

Ni kawan anak perempuan yang tempah untuk bagi kat mak & ayahnya.

Call @ SMS : 012.553.7942 | 019.406.0770 | Email to : nryummie@gmail.com

Kejutan seawal 7.00 pagi

Posted by | Posted in HARI IBU 2009, Pandan Layered Cakes | Posted on 11-05-2009

Pukul 7.00 pagi dah tunggu kat tol PLUS Ipoh (U).  Customer dari KL (tak tahu le dia dari KL kul brape) nak jumpa ambil kek tempahannya untuk dibawa pulang ke Alor Setar.  Actually ibu Noni ada sekali dalam kereta.  Dorang balik Alor Setar nak hantar ibunya pulang ke kampung.  Memang ibu Noni terkejut sungguh. Mana taknya…dia ingatkan anaknya stop kat situ nak pergi toilet, rupanya ada something yang dah menunggu.  Surprise ni memang menjadi.  Terlupa lak nak bawak camera untuk rakamkan kenangan terindah ni.

Kejutan kedua pada sebelah pagi. Kejutan ke ni?? hehehe…. ada le sikit kot kan mama!! Cake design dan flavour yang sama untuk mama NR yang tercinta.  Dia pastinya peminat pandan layered cake, same goes to Ibu Noni tadi.  Gambar kat bawah ni dirakamkan pada sebelah petang…tu yang ramai cucu2 menyebok nak celebrate dengan opah dorang. Nak lagi…yang paling kecik tu!

Happy Birthday Farah !

Posted by | Posted in Pandan Layered Cakes | Posted on 30-04-2009

Tempahan daripada Pn. Noor untuk anak perempuannya.  Pandan layered cake dan design nak sama seperti yang NR YuMmiE pernah buat dulu.

 

Pandan Cheese Cupcake

Posted by | Posted in CHEESE CAKES, cupcakes | Posted on 30-04-2009

Pandan cheese cupcake tempahan daripada Noor bersempena dengan majlis “naik buai” anaknya.  Dia nak cheese cupcake perasa pandan.  So, kita buat fresh cream tu perasa pandan.  Harum je bau masa dok membakar dan mendecorate.

 

Pandan Layered For R&D Staff

Posted by | Posted in Pandan Layered Cakes | Posted on 01-04-2009

Ni satu lagi tempahan bulanan untuk staff R&D BSM Ipoh.  Ramai tul bulan April ni yang sambut harijadi sekali.  Tapi sayang, hanya nama je kita nampak, rupe orangnya nak gak kita kenal kan…Apa-apapun, thanks for your support guys!  Semoga you all panjang umur & dimurahkan rezeki.

Happy Birthday Alif Haikal !

Posted by | Posted in CARTOONS, Pandan Layered Cakes | Posted on 28-03-2009

Kek pandan layered ni Kak Sakinah tempah seminggu yang lalu.  Cuma tak decide je kek apa yang nak.  Kak Sakinah ni antara regular customer NR YuMmiE.  Kali ni Kak Sakinah menempah kek untuk anaknya, Alif Haikal sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-2.  Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Ben10 Idaman Afzal

Posted by | Posted in CARTOONS, Pandan Layered Cakes | Posted on 24-03-2009

Afzal Mustaqim, anak sulung Pn. Izzah begitu meminati Ben10.  So, di kesempatan ulangtahun kelahirannya yang ke-8, Pn. Izzah menempah kek pandan layared versi Ben10 untuk anak kesayangannya.